Orang Berbakat Lebih Beruntung di Media Sosial

Kau rasa macam tu? Orang yang pandai menyanyi, pandai melukis, pandai buat lawak — mereka senang viral?

Ada betulnya. Bakat memang satu kelebihan. Ia buat orang berhenti scroll. Ia buat orang kagum. Tapi bakat sahaja tak cukup.

Saya jumpa ramai orang berbakat. Suara sedap gila. Lukisan cantik luar biasa. Tapi follower? Ciput. Sebab mereka tak konsisten. Mereka post bila rajin, hilang bila malas.

Dan saya jumpa orang yang biasa-biasa je. Takde bakat istimewa. Tapi mereka hadir setiap hari. Mereka tulis, mereka rakam, mereka share. Lama-lama, mereka yang menang.

Media sosial bukan tempat orang berbakat sahaja. Ia tempat orang yang tak putus asa. Yang konsisten. Yang sanggup belajar dan improve setiap hari.

Kalau kau rasa kau tak berbakat, takpe. Kau ada satu senjata yang lebih kuat — ketekunan. Dan itu sesuatu yang tak semua orang ada.

Khairul Hakimin Muhammad
bersebelas.my

Signup our newsletter to get update information, news, insight or promotions.