Saya dengar banyak kali ayat ni. “Travel itu membuka minda.” “Orang yang banyak travel lebih bijak.” Betul ke?
Setengahnya betul. Bila kau pergi tempat baru, kau jumpa budaya baru, cara hidup baru. Kau belajar sesuatu yang buku tak boleh ajar. Pengalaman itu memang berharga.
Tapi saya juga jumpa orang yang dah travel 30 negara tapi perangai tetap sama. Sempit fikiran. Tak hormat orang. Pergi jauh tapi hati tak berubah.
Dan saya jumpa orang kampung yang tak pernah keluar negara tapi ilmu dia tinggi. Budi bahasa elok. Cara dia fikir tentang hidup, mendalam dan matang.
Jadi bijak bukan tentang berapa banyak passport stamp kau ada. Bijak itu tentang bagaimana kau proses apa yang kau alami. Boleh jadi dari travel, boleh jadi dari membaca, boleh jadi dari berbual dengan orang tua di kedai kopi.
Travel itu bagus. Tapi jangan ingat orang yang tak travel tu tak bijak. Kebijaksanaan datang dari banyak jalan, bukan satu sahaja.
— Khairul Hakimin Muhammad
bersebelas.my




