Kau perasan tak? Buka TikTok, FYP kau penuh dengan tarian, prank, drama. Content pendidikan? Kena scroll jauh baru jumpa.
Ini bukan kebetulan. Ini design. TikTok dibina untuk satu tujuan — pastikan kau tak tutup app. Dan apa yang buat orang tak tutup app? Hiburan. Bukan kuliah.
Algoritma TikTok ukur satu benda — watch time. Kalau orang tengok sampai habis, TikTok push lagi. Content hiburan? Orang tengok sampai habis. Content education? Orang skip separuh jalan.
Tapi ini tak bermakna education tak boleh jalan di TikTok. Boleh. Cuma kau kena kreatif. Kau kena bungkus ilmu dalam bentuk yang entertaining. Buat orang senyum sambil belajar.
Ramai educator yang berjaya di TikTok. Mereka tak bagi ceramah. Mereka bercerita. Mereka guna humor. Mereka jadikan ilmu itu sesuatu yang orang MAHU tengok, bukan TERPAKSA tengok.
Jadi jangan salahkan TikTok. Faham cara dia berfungsi. Dan gunakan untuk kelebihan kau.
— Khairul Hakimin Muhammad
bersebelas.my




